Sabtu, 2 Oktober 2010

percubaan stpm

Musim peperiksaan  percubaan spm dan stpm sedang berlangsung. Untuk anak didikku selamat menghadapi peperiksaan. Esok pastinya subjek sejarah kertas 1 stpm. Rasanya kalian nak juga kot soalan  spot.Tang soalan tak nak bagi memang tak patut bagi tapi kalau nak tajuk tu ...boleh la tenguk tajuk di bawah bukan saja untuk percubaan tapi peperiksaan sebenar..

Bahagian A
Tema 1 Pra sejarah/neolitik/kemunculan tamadun/sumbangan tamadun
Tema 2 Empayar/negara kota/sistem pemerintahan
Tema 3 Pemikir tentera/strategi
Tema 4  Perdagangan antarabangsa/sistem ekonomi
Tema 7  Sumbangan ahli pelayaran

Bahagian B
Tema 1 Dakwah rasullah/ajaran/penentangan/corak kehidupan sebelum dan selepas Islam/masyarakat 
              nusantara
Tema 2 Pemerintahan zaman khalifah al rasyidin/zaman umaiyah/piagam madinah
Tema 3 Etika peperangan/strategi/kepimpinan nabi/peperangan
Tema 4 Sumber ekonomi islam/baitulmal/zakat
Tema 7 Objektif pelayaran islam/sumbanagan pelayar-pelayar islam

Selasa, 21 September 2010

RAYA......RAYA,

Gambar alumni ibkl di kelab golf bertam, kepala batas yang duduk tengah 
dua orang bekas warden dan pensyarah ibkl

Raya tahun ni tak la sesibuk tahun lepas hanya had untuk dua hari saja bagi beri peluang buat anakku yang akan menghadapi upsr,Tapi aku masih meneruskan raya secara perseorangan,
Raya tahun ni jadi seperti dua tahun lepas alumni ku dibuat serentak antara alumni smtam dan alumni ibkl iaitu raya ke 4 yang baik sikit jamnya tak sama seperti dulu tapi lokasinya dalam jarak yang jauh. Terpaksa paginya jam 9.30 pg pujuk anak bongsuku untuk teman ke alumni ibkl 88/90 yang di adakan di Kelab golf Bertam Kepala Batas yang berlangsung jam 11,00 hasil tajaan Dato Mad Darus. T kasih Dato Mad dah 3 kali dia taja majlis ini dan ini kali pertama keluar dari a setar.Biasa la alumni ramai kawan yang berpuluh tahun tak jumpa , macam-macam cerita timbul ,tambah lagi lokasi berubah ramai ahli dapat hadir yang istimewanya dua orang bekas warden dan pensyarah ibkl dapat hadir iaitu cik rosli pencen pengarah maktab perlis dan cik osman skrg ketua sektor di penang dulu kami panggil tok iman kalau dia baca khutbah bergegar surau ibkl sampai um,,tu hebatnya dia ,
Dalam pada itu rasa terkilan kerna aku terpaksa tinggalkan majlis dlm 2.30 ptg kerna terpaksa bergegas ke a setar iaitu rumah Non untuk alumni smtam terima kasih non setelah 3 kali tertunda akhirnya berjaya juga buat kat rumah dia walaupun kedatangan agak merosot kerana masing-masing ada alasan tersendiri.....lambat dapat berita,anak nak periksa, raya 4, walau bagaimanapun ia berjaya di anjurkan  dan kita tunggu 2 tahun lagi di rumah norizan.....slmt ari raya maaf zahir batin.
Hari raya ni rasanya raya ke 3 aku  juga dapat kunjungan rakan yang terpisah dah hampir 20 tahun. Cikgu Sharif dok kg yang berjiran kenal mak bapanya tapi skrg dah merantau dan rasanya menetap di serawak almaklum sekarang dah dilantik sebagai pengetua sekolah .Datangny jua bersama teman dari melaka yang tak putus berkunjung ke rumahku setiap kali balik kampung tapi yang bezanya mrk dah jadi CEO .tp yang hebatnya ada baby baru 6 bulan tahniah..........aku masih guru biasa yang mengajar di sekolah biasa.................

upsr 2010

Lama sudah rasanya tinggal tapak maya ini , hentinya bila bermulanya cuti penggal dan bersambung dengan cuti raya ,malas rasanya nak ke sekolah akibat cuti yang panjang. Ari ni bagi sekolah rendah bermulalah penentuan perjuangan selama 6 tahun mereka.Ini yang di hadapi anakku yang kedua , balik rumah dengan muka tension dan terus tidur terpaksa memujuknya dengan azam perjuangan belum selesai.
Moga dia mampu beri keyakinan kekadang rasa nak marah juga dengan ibunya yang memberi tekanan hingga dah lali dan tak bersemangat.Bagi diriku peperiksaan lebih baik dihadapi dalam keadaan relax dan tenang baru segala yang ada sebelum ini mampu dicurahkan. Tapi itulh cara ibunya yang suka di buat saat-saat akhir, baginya biar tak tiduq.Inilah kelainan rasanya cara study bg lain jantina moga sama-sama kita doakan anakku berjaya dengan cemerlang dlm UPSR 2010,,Amin.....................

Rabu, 1 September 2010

cuti ambang aidil fitri

Ari  ni adalah ari terakhir sebelum kami bercuti hari raya aidil fitri selama dua minggu. Suasana di sekolah masih hambar dengan kedatangan kerna sebahagian pelajar sudah mula bercuti raya. Bagi pelajar tingkatan 5 yang tak ada paper untuk trial ari ni memang dah cuti awalTapi yang risaunya bila kelmarin sempat juga hadir ke majlis bacaan yassin anak UPSR cik gunya mula risau dengan cuti raya yang panjang bersama dengan cuti penggal kerna lepas raya 21hb dah mula periksa ,Kerisauan ini memang ada logiknya kalau tidak dipantau dengan kemeriahan sambutan hari raya dan ditambah dengan tiada kesedaran pentingnya UPSR dikalangan kanak-kanak telah merisaukan lagi guru di sekolah.
Untuk sekolah menengah kerisauan juga bersarang di fikirAN guru pelajar ting. 5 yang sedang menghadapi trial SPM untuk pelajar ting 6. awas 22hb lepas raya bermula lah trial STPM anda. 
Raya, raya juga.periksa hanya sekali dalam hidup....raya tahun depan ada lagi...........
Untuk guru ari ni banyak yang cuba menghabis kerja yang tertunggak buku rekod, buku kedatangan dan kertas trial kerna nak raya tanpa gangguan  kerja sekolah. Yang lainnya cuba memasti stok  yang oder dah bayar kekadang dah lupa beli apa bila kuih sampai hoi banyaknya.yang lainnya cuba imbau pasai persiapan raya........ sementara menanti loceng berbunyi dan kebetulan sebelum balik kami buat majlis khatam alquran...............selamat ari raya maaf zahir batin dan selamat bercuti

Ahad, 29 Ogos 2010

ambang merdeka

ari ni sekolah buat sambutan ambang merdeka. Kemeriahan amat hambar ditambah dengan kehadiran pelajar yang hampir separuhnya ponteng yang kekadang terisi di minda beginilah semangat kemerdekaan di dada generasi siber.Dalam itu terentuh jua hati bila mendegar amanat pegetua sempena kemerdekaan, bagaimana suatu  dulu orang mencemuh cara kemerdekaan yang kita capai dan kemerdekaan kita jua dianggap  sebagai kemerdekaan dalam penjajahan baru. Tapi lihatlah sekarang kemerdekaan negara kita berbanding mereka . Berapa ramai rakyat mereka yang mencari rezeki di bumi kita ini,mewahnya mereka,selesanya mereka dan selamatnya mereka.KEKADANG TERMANGGU JUA MINDA INI mengapa kita yang bergelar rakyat malaysia tidak mahu melihat peluang dan ruang yang yang dikaut oleh mereka bernama pendatang.
MERDEKA
MERDEKA  BUKAN  SEKADAR KIBAR BENDERA
MERDEKA BUKAN SEKADAR MELAUNG MERDEKA
MERDEKA MENGINGATI SEJARAH LAMA
BERJUANG DENGAN KERIS DAN PENA

JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH
UNION JACK DILIPAT DI ATAS TANAH
MENGIMBAU TOK BAHAMAN DAN TOK GAJAH
LANGKAH SILAT DIATUR MENGHELAH PENJAJAH
BERSAMA PEJUANG YANG TAK KENAL LELAH
KEPADA ALLAH MEREKA BERSERAH

ORANG MELAYU TERUS BERSATU
INDIA DAN CINA MEREKA BERSEKUTU
ORANG PUTIH BERCELARU BUNTU
MELAYAR UNION DISEPAK RAJA MELAYU

31 OGOS  57 KITA MERDEKA
TUNKU ABD RAHMAN PERDANA MENTERI PERTAMA
TANAH MELAYU DI TUKAR MALAYSIA
HINGGA SEKARANG MAJU JAYA
MERDEKA MERDEKA  MERDEKA














 

Sabtu, 28 Ogos 2010

cuti minggu ramadhan

Ari ni mula sekolah balik lepas cuti minggu. Walaupun cuti aku dan isteri amat letih kerana anak bongsu ku yang sakit terpaksa dua kali ke klinik pada malam jumaat. Mulanya bila balik dari sek tguk anak penat ,ingat selsema biasa tapi bila ptg semakin teruk terpaksa hantar ke klinik jam 5 ptg dan paksa anak ku buka puasa jam 7 ptg walaupun dia amat berat untuk berbuka kerna ada lagi 30 minit, tp bila dipujuk kerana lihat keadaannya beliau setuju. Inilah kekadang kita melihat orang dewasapun sanggup ponteng tanpa apa-apa alasan terfikir aku ini yang dikatakan latihan , anakku mula berpuasa seawal 5 tahun.Lepas berbuka jam 9.00 mlm keadaan anakku tidak juga berubah, isteriku mula merengek biasalah org perempuan , akhirnya jama 9.30 terpaksa untuk kedua kalinya pi ke klinik di kuala kedah. Setelah di masukkan gas keadaannya makin kurang. Masaalahnya untuk esoknya terpaksa memujuk untuk tidak berpuasa kerana terpaksa makan ubat. Itulah cerita cuti hujung minggu

Rabu, 25 Ogos 2010

isteri dan anak bongsuku

Inilah kelatah anak bongsuku yang kini dah 8 tahun tapi manjanya lebih dari budak kecik