Selasa, 21 September 2010

RAYA......RAYA,

Gambar alumni ibkl di kelab golf bertam, kepala batas yang duduk tengah 
dua orang bekas warden dan pensyarah ibkl

Raya tahun ni tak la sesibuk tahun lepas hanya had untuk dua hari saja bagi beri peluang buat anakku yang akan menghadapi upsr,Tapi aku masih meneruskan raya secara perseorangan,
Raya tahun ni jadi seperti dua tahun lepas alumni ku dibuat serentak antara alumni smtam dan alumni ibkl iaitu raya ke 4 yang baik sikit jamnya tak sama seperti dulu tapi lokasinya dalam jarak yang jauh. Terpaksa paginya jam 9.30 pg pujuk anak bongsuku untuk teman ke alumni ibkl 88/90 yang di adakan di Kelab golf Bertam Kepala Batas yang berlangsung jam 11,00 hasil tajaan Dato Mad Darus. T kasih Dato Mad dah 3 kali dia taja majlis ini dan ini kali pertama keluar dari a setar.Biasa la alumni ramai kawan yang berpuluh tahun tak jumpa , macam-macam cerita timbul ,tambah lagi lokasi berubah ramai ahli dapat hadir yang istimewanya dua orang bekas warden dan pensyarah ibkl dapat hadir iaitu cik rosli pencen pengarah maktab perlis dan cik osman skrg ketua sektor di penang dulu kami panggil tok iman kalau dia baca khutbah bergegar surau ibkl sampai um,,tu hebatnya dia ,
Dalam pada itu rasa terkilan kerna aku terpaksa tinggalkan majlis dlm 2.30 ptg kerna terpaksa bergegas ke a setar iaitu rumah Non untuk alumni smtam terima kasih non setelah 3 kali tertunda akhirnya berjaya juga buat kat rumah dia walaupun kedatangan agak merosot kerana masing-masing ada alasan tersendiri.....lambat dapat berita,anak nak periksa, raya 4, walau bagaimanapun ia berjaya di anjurkan  dan kita tunggu 2 tahun lagi di rumah norizan.....slmt ari raya maaf zahir batin.
Hari raya ni rasanya raya ke 3 aku  juga dapat kunjungan rakan yang terpisah dah hampir 20 tahun. Cikgu Sharif dok kg yang berjiran kenal mak bapanya tapi skrg dah merantau dan rasanya menetap di serawak almaklum sekarang dah dilantik sebagai pengetua sekolah .Datangny jua bersama teman dari melaka yang tak putus berkunjung ke rumahku setiap kali balik kampung tapi yang bezanya mrk dah jadi CEO .tp yang hebatnya ada baby baru 6 bulan tahniah..........aku masih guru biasa yang mengajar di sekolah biasa.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan