Ahad, 29 Ogos 2010

ambang merdeka

ari ni sekolah buat sambutan ambang merdeka. Kemeriahan amat hambar ditambah dengan kehadiran pelajar yang hampir separuhnya ponteng yang kekadang terisi di minda beginilah semangat kemerdekaan di dada generasi siber.Dalam itu terentuh jua hati bila mendegar amanat pegetua sempena kemerdekaan, bagaimana suatu  dulu orang mencemuh cara kemerdekaan yang kita capai dan kemerdekaan kita jua dianggap  sebagai kemerdekaan dalam penjajahan baru. Tapi lihatlah sekarang kemerdekaan negara kita berbanding mereka . Berapa ramai rakyat mereka yang mencari rezeki di bumi kita ini,mewahnya mereka,selesanya mereka dan selamatnya mereka.KEKADANG TERMANGGU JUA MINDA INI mengapa kita yang bergelar rakyat malaysia tidak mahu melihat peluang dan ruang yang yang dikaut oleh mereka bernama pendatang.
MERDEKA
MERDEKA  BUKAN  SEKADAR KIBAR BENDERA
MERDEKA BUKAN SEKADAR MELAUNG MERDEKA
MERDEKA MENGINGATI SEJARAH LAMA
BERJUANG DENGAN KERIS DAN PENA

JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH
UNION JACK DILIPAT DI ATAS TANAH
MENGIMBAU TOK BAHAMAN DAN TOK GAJAH
LANGKAH SILAT DIATUR MENGHELAH PENJAJAH
BERSAMA PEJUANG YANG TAK KENAL LELAH
KEPADA ALLAH MEREKA BERSERAH

ORANG MELAYU TERUS BERSATU
INDIA DAN CINA MEREKA BERSEKUTU
ORANG PUTIH BERCELARU BUNTU
MELAYAR UNION DISEPAK RAJA MELAYU

31 OGOS  57 KITA MERDEKA
TUNKU ABD RAHMAN PERDANA MENTERI PERTAMA
TANAH MELAYU DI TUKAR MALAYSIA
HINGGA SEKARANG MAJU JAYA
MERDEKA MERDEKA  MERDEKA














 

Sabtu, 28 Ogos 2010

cuti minggu ramadhan

Ari ni mula sekolah balik lepas cuti minggu. Walaupun cuti aku dan isteri amat letih kerana anak bongsu ku yang sakit terpaksa dua kali ke klinik pada malam jumaat. Mulanya bila balik dari sek tguk anak penat ,ingat selsema biasa tapi bila ptg semakin teruk terpaksa hantar ke klinik jam 5 ptg dan paksa anak ku buka puasa jam 7 ptg walaupun dia amat berat untuk berbuka kerna ada lagi 30 minit, tp bila dipujuk kerana lihat keadaannya beliau setuju. Inilah kekadang kita melihat orang dewasapun sanggup ponteng tanpa apa-apa alasan terfikir aku ini yang dikatakan latihan , anakku mula berpuasa seawal 5 tahun.Lepas berbuka jam 9.00 mlm keadaan anakku tidak juga berubah, isteriku mula merengek biasalah org perempuan , akhirnya jama 9.30 terpaksa untuk kedua kalinya pi ke klinik di kuala kedah. Setelah di masukkan gas keadaannya makin kurang. Masaalahnya untuk esoknya terpaksa memujuk untuk tidak berpuasa kerana terpaksa makan ubat. Itulah cerita cuti hujung minggu

Rabu, 25 Ogos 2010

isteri dan anak bongsuku

Inilah kelatah anak bongsuku yang kini dah 8 tahun tapi manjanya lebih dari budak kecik

Rabu, 18 Ogos 2010

penghijrahan ramadhan

Arini kami rakan sekolah menerima berita suka dan duka .Berita penghijrahan PKHEM ke sekolah baru atas kenaikan pangkat.yang rata-rata kami akan terasa kehilangannya samada sebagai pentadbir ataupun rakan. Rasanya amat sukar untuk mendapat penganti sehebat beliau untuk menerajui masalah disiplin yang amat kacau ini,apapun itu adalah rezekinya. Suka nya rakan GKK dinaikan pangkat ke PKHEM harapan beliau dapat meneruskan kesinambungan yang ditinggalnya yang kecut perut ada rakan dengar khabar angin aku di poskan d GK mula tiduq tak lena

Selasa, 10 Ogos 2010

mula bina blog

ari ni aku cuba bina blog sendiri atas menyahut cabaran anak didikku yang mahu aku seiring dengan teknologi dan x mau mengaku aku tertinggal dengan dunia perdana. Di samping aku anggap dia sebagai cabaran melihat rakan-rakan seangkatan ku yang tak terlibat dunia pendidikan juga mampu bina pelbagai blog yang canggih. Arapan ku ia juga dapat dimanafaat untuk tujuan dunia dan akhirat. Moga pahalanya muncul di kemudian ari dan kebetulan pula ari ni aku cuti sempena awal ramadhan bulan keberkatan dan keberkatan ini jua dapat diteruskan dengan usaha ini.