Ahad, 29 Ogos 2010

ambang merdeka

ari ni sekolah buat sambutan ambang merdeka. Kemeriahan amat hambar ditambah dengan kehadiran pelajar yang hampir separuhnya ponteng yang kekadang terisi di minda beginilah semangat kemerdekaan di dada generasi siber.Dalam itu terentuh jua hati bila mendegar amanat pegetua sempena kemerdekaan, bagaimana suatu  dulu orang mencemuh cara kemerdekaan yang kita capai dan kemerdekaan kita jua dianggap  sebagai kemerdekaan dalam penjajahan baru. Tapi lihatlah sekarang kemerdekaan negara kita berbanding mereka . Berapa ramai rakyat mereka yang mencari rezeki di bumi kita ini,mewahnya mereka,selesanya mereka dan selamatnya mereka.KEKADANG TERMANGGU JUA MINDA INI mengapa kita yang bergelar rakyat malaysia tidak mahu melihat peluang dan ruang yang yang dikaut oleh mereka bernama pendatang.
MERDEKA
MERDEKA  BUKAN  SEKADAR KIBAR BENDERA
MERDEKA BUKAN SEKADAR MELAUNG MERDEKA
MERDEKA MENGINGATI SEJARAH LAMA
BERJUANG DENGAN KERIS DAN PENA

JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH
UNION JACK DILIPAT DI ATAS TANAH
MENGIMBAU TOK BAHAMAN DAN TOK GAJAH
LANGKAH SILAT DIATUR MENGHELAH PENJAJAH
BERSAMA PEJUANG YANG TAK KENAL LELAH
KEPADA ALLAH MEREKA BERSERAH

ORANG MELAYU TERUS BERSATU
INDIA DAN CINA MEREKA BERSEKUTU
ORANG PUTIH BERCELARU BUNTU
MELAYAR UNION DISEPAK RAJA MELAYU

31 OGOS  57 KITA MERDEKA
TUNKU ABD RAHMAN PERDANA MENTERI PERTAMA
TANAH MELAYU DI TUKAR MALAYSIA
HINGGA SEKARANG MAJU JAYA
MERDEKA MERDEKA  MERDEKA














 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan