Sabtu, 28 Ogos 2010

cuti minggu ramadhan

Ari ni mula sekolah balik lepas cuti minggu. Walaupun cuti aku dan isteri amat letih kerana anak bongsu ku yang sakit terpaksa dua kali ke klinik pada malam jumaat. Mulanya bila balik dari sek tguk anak penat ,ingat selsema biasa tapi bila ptg semakin teruk terpaksa hantar ke klinik jam 5 ptg dan paksa anak ku buka puasa jam 7 ptg walaupun dia amat berat untuk berbuka kerna ada lagi 30 minit, tp bila dipujuk kerana lihat keadaannya beliau setuju. Inilah kekadang kita melihat orang dewasapun sanggup ponteng tanpa apa-apa alasan terfikir aku ini yang dikatakan latihan , anakku mula berpuasa seawal 5 tahun.Lepas berbuka jam 9.00 mlm keadaan anakku tidak juga berubah, isteriku mula merengek biasalah org perempuan , akhirnya jama 9.30 terpaksa untuk kedua kalinya pi ke klinik di kuala kedah. Setelah di masukkan gas keadaannya makin kurang. Masaalahnya untuk esoknya terpaksa memujuk untuk tidak berpuasa kerana terpaksa makan ubat. Itulah cerita cuti hujung minggu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan